Karier Bintang Akademi Fantasia Akademi_Fantasia_Musim_4

  • Richael L. Gimbang menandatangani kontrak bersama EAD Entertainment dan menjadi vokalis utama kumpulan muzik Estranged. Pada 2006, kumpulannya memenangi anugerah Kumpulan/Duo Paling Digemari dalam Anugerah ERA. Kumpulannya juga memenangi Rock Terbaik dan Video Terbaik dalam anugerah Motorola Malaysian English Top 10.
  • Nur Azilah Seeron merakamkan album pertamanya pada 2006 yang bertajuk Realiti.
  • Syamsul Hirdy Muhid merakamkan duet single pertamanya bersama Yanie yang bertajuk Saling Terpesona.
  • Hazwan Haziq Rosebi terlibat dalam beberapa konsert yang dianjurkan oleh Istana Budaya dan Kementerian Kebudayaan, Seni, & Warisan di Kuala Lumpur dan Jakarta.
  • Nur Farhan Azizan dicalonkan dalam beberapa anugerah yang berprestij di Malaysia seperti Anugerah ERA 2007 bagi kategori Vokal Wanita Paling Diminati; Anugerah Planet Muzik 2007 bagi kategori Artis Wanita Baru Terbaik; dan juga Anugerah Industri Muzik 2007 bagi kategori Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Di Dalam Album (Wanita). Dia juga merakamkan lagu tema bagi rancangan Malam Sehati Berdansa di saluran Astro Ria, dan juga lagu tema bagi drama bersiri iaitu Cinta & Keadilan yang bertajuk Kau Cinta.
  • Mohammad Faizal Ramly dipilih sebagai Duta Mamee Slurp pada 2006. Dia kini sedang dalam pembikinan album pertamanya yang mana ia akan dipasarkan pada pertengahan 2008.